Thursday 28 September 2017

Disediakan oleh : Noor Dayana Aqila binti Jaafar

KEMAHIRAN GENERIK



💦Maksud kemahiran generik

Kemahiran generik dapat didefinisikan sebagai kemahiran-kemahiran khusus yang perlu ada dalam dalam diri seseorang bagi melakukan sesuatu perkara serta menghasilkan keputusan yang terbaik.

Kemahiran generik juga dikenali sebagai kemahiran insaniah😉

💦Pendapat tokoh mengenai definisi kemahiran generik:
  1. Menurut Kearns (2001),  kemahiran generik ialah kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan sekadar merangkumi asas keterampilan atau kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan.
  2. (Robinson, 2000), kemahiran generik adalah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik

💦Aspek-aspek yang ada dalam kemahiran generik:
  1. Kemahiran berfikir
  2. Kemahiran belajar
  3. Kemahiran mentaksir dan menilai
  4. Kemahiran pemudahcaraan (fasilitator)
  5. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

💦Apa itu kemahiran berfikir?



Kemahiran berfikir ialah satu proses yang menggunakan minda bagi memahami makna sesuatu perkara, membuat pertimbangan yang baik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang positif dan sihat.

💦Pendapat tokoh mengenai definisi berfikir:

  1. Menurut Mayers (1977), berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah
  2. Menurut Beyer (1984) pula, berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

💦Jenis-jenis pemikiran:

  1. Pemikiran kritis
  2. Pemikiran kreatif
  3. Pemikiran konvergen (menumpu)
  4. Pemikiran divergen (mencapah)
  5. Pemikiran lateral
  6. Pemikiran menegak (vertical)
  7. Penaakulan
Pemikiran yang akan dibincangkan di sini ialah pemikiran kritis dan kreatif atau lebih dikenali sebagai KBKK.😉

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat mendorong seseorang untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sama ada betul atau salah seterusnya menghasilkan keputusan yang terbaik

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga digunakan bagi mengumpul maklumat dan menghasilkan idea-idea baru yang lebih inovatif dan bernas




💦Kepentingan kemahiran berfikir:
  1. Mengelakkan kesilapan berfikir yang akan menyebabkan penyelesaian masalah mengalami kegagalan
  2. Meningkatkan pemikiran secara kreatif dan kritis dengan mempelbagai kaedah kemahiran berfikir
  3. Memperkembangkan daya intelek untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi

💦Bagi memantapkan lagi kemahiran ini, kaedah pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBKK perlu difahami dengan jelas. Terdapat tiga kaedah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan. Kaedah pendekatan tersebut ialah:
  1. Pendekatan secara terpisah (Teaching of thinking)
  2. Pendekatan secara Gabungan (Teaching for Thinking)
  3. Pendekatan secara Penyebatian (Infusion)

➽Pendekatan secara terpisah

Kaedah ini adalah satu cara pendekatan yang secara langsung mengajar seseorang untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Pendekatan ini lebih kepada memberi arahan-arahan secara langsung cara-cara berfikir tidak dalam konteks kukorikulum

➽Pendekatan secara gabungan

Kaedah ini adalah satu cara pendekatan yang menggabungkan kemahiran berfikir dengan kokurikulum. Sebagai contoh, pelajar menggunakan kemahiran berfikir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

➽Pendekatan secara penyebatian

Tiga prinsip yang perlu ada bagi memastikan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu berkesan ialah:
  • Pengajaran yang banyak menggunakan kemahiran berfikir dapat menghasilkan kesan yang besar terhadap gaya dan cara pemikiran pelajar
  • Pelajar akan lebih menghargai kepentingan kemahiran berfikir apabila galakan dan sokongan  dalam konteks kemahiran berfikir semakin meningkat
  • Pelajar akan lebih berfikir tentang apa yang diajar oleh guru apabila pengajaran kemahiran berfikir secara bersepadu diterapkan dalam kokurikulum sekolah



💦Ciri -ciri pemikiran kritis :  
                                 
⧭Reaktif

Mereka yang berfikiran kritis akan sentiasa prihatin dengan setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya. Perkara ini akan disusuli dengan respons atau tindak balas yang baik dan cepat

⧬Menilai

Mereka yang berfikiran kritis akan dapat menilai sesuatu perkara secara keseluruhannya dengan melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan

⧭Meneliti idea dengan fakta yang tepat

Mereka yang berfikiran kritis akan sentiasa menghasilkan idea dengan fakta yang tepat dan sudah diketahui oleh mereka untuk memastikan setiap idea yang dilontarkan adalah benar


💦Contoh-contoh Kemahiran Pemikiran Kritis:
  • Membanding dan membeza
  • Membuat klasifikasi atau pengelasan
  • Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
  • Menerangkan sebab
  • Menentukan sumber yang dipercayai
  • Mengusul periksa andaian
  • Membuat ramalan
  • Membuat inferens
💦Ciri-ciri pemikiran kreatif:

⧭Imaginatif

Mereka yang berfikiran kreatif akan sentiasa memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.Mereka cenderung untuk berimaginasi dan berfikir di luar kotak


⧬Memperkembang dan memperluaskan idea

Mereka yang berfikiran kreatif akan sentiasa memikirkan sesuatu perkara tanpa had.Mereka tidak akan sentiasa cuba untuk memberi kelainan dalam setiap perkara yang dilakukan

⧭Menghasilkan idea baru dan pelbagai

Mereka yang berfikiran kreatif akan menggunakan akal fikiran yang merupakan anugerah dari Yang Maha Esa dengan sebaik-baik perkara

💦Contoh-contoh Kemahiran Pemikiran Kreatif:

  • Menjana idea (sumbangsaran)
  • Mencipta analogi
  • Mencipta metafora
Dengan adanya kepelbagaian dalam kemahiran berfikir secar kritis dankreatif, penyelesaian masalah dapat dicapai.

💦Alat-alat berfikir merupakan satu medium penting dalam meningkatkan lagi kemahiran seseorang untuk berfikir.Alat-alat berfikir ini juga dapat memastikan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu menarik dan jelas matlamatnya.

Antara alat berfikir bagi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ialah peta minda, pengurusan grafik dan CoRT. Alat0alat berfikir yang sering digunakan ialah  alat yang telah diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono melalui Pelajaran Berfikir CoRT. Pelajaran ini merangkumi enam bahagian utama, iaitu CoRT I, II, III, IV, V dan CoRT VI.

Bagi CoRT I, Dr Edward de Bono telah memperkenalkan 7 alat berfikir bagi meluaskan lagi cara kita berfikir dan membuat keputusan
  1. Baik, Buruk dan Menarik [Plus Minus Interesting (PMI)]
  2. Ambil Kira Semua Faktor [Consider All Factors (CAF)]
  3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequences and Sequel (C&S)]
  4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives(AGO)]
  5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]
  6. Alternatif, Kemungkinan dan Pemulihan [Alternatives, Possibilities and Choices (APC)]
  7. Pandangan Orang Lain [Other People's View (OPV)]


CoRT I


💦Seterusnya, pengurusan grafik juga merupakan salah satu alat berfikir secara kritis dan kreatif.Terdapat beberapa jenis pengurusan grafik yang perlu diteliti, iaitu:
  1. Membanding dan membeza
  2. Meramal kesan akibat
  3. Mengesahkan sumber maklumat
  4. Idea berpusat
  5. Membuat kategori


Rujukan

Mohd Nashuha Jamidin et. al Kemahiran Berfikir dan Belajar. (1995) Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Link untuk dirujuk


No comments:

Post a Comment