Thursday 28 September 2017

Kemahiran Generik : Kemahiran Teknlogi Maklumat & Komunikasi (TMK)

Kemahiran Generik : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Disediakan oleh : Norathirah Syazwani Binti Norman 
Pelajar PPISMP IPG tengku Ampuan Afzan (2017)
UNIT : Bimbingan & Kaunseling (sk)







Definisi Kemahiran Generik 

Kemahiran generik adalah kemahiran umum, kualiti, kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka.


Jenis-jenis Kemahiran Generik 

  • Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran belajar 
  • Kemahiran mentaksir dan menilai
  • Kemahirah fasilitator


Pengenalan kepada TMK


     Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information and Communication Technology (ICT) adalah teknologi  yang diperlukan untuk memproses data. Ia melibatkan penggunaan komputer dan perisian-perisian  untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu yang berkenaan pengurusan dan pemprosesan maklumat. Ia juga boleh membawa maksud sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.


    TMK merupakan aplikasi penting dalam kehidupan kita pada hari ini kerana ianya dapat membantu kita dalam menyampaikan maklumat dan berhubung antara satu sama lain di seluruh dunia tanpa sempadan dan batasan.TMK dianggap sebagai pemudah cara yang membantu menyampaikan maklumat dengan pantas dan mudah.Pada hari ini, penggunaan dan pengaplikasian TMK semakin berkembang pesat menjadikan satu kepentingan kepada setiap golongan masyarakat untuk tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran ini TMK.

   Menurut Gates (1996) telah meyatakan bahawa adalah suatu keperluan dan kepentingan teknologi digital dalam mengubah kehidupan manusia. Beliau menyatakan bahawa kita sedang menuju  ke arah satu revolusi baru dan  merentasi ambang teknologi yang akan mengubah cara hidup kita dalam aktiviti membeli belah, bekerja, belajar dan berkomunikasi antara satu sama lain.

    Menurut Robertson (1998)   teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)  dapat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.  Pada hari ini,  TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang.

   Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)   memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan termasuklah pendidikan. Sistem pendidikan guru di negara kita turut dipengaruhi TMK, khususnya berkaitan aplikasi TMK dalam latihan pengajaran dan pembelajaran. Menyedari betapa pentingnya pengetahuan dan kemahiran ICT, pihak kerajaan dan swasta telah menyediakan kemudahan di pusat ICT untuk orang ramai mendapatkan pendedahan, pengetahuan, dan perkhidmatan yang berkaitan. Oleh yang demikian, anggota masyarakat perlu memanfaatkan kemudahan ICT yang ada di tempat masing-masing untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran demi untuk pemajuan diri, keluarga dan masyarakat.


 Contoh-contoh alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 




   Terdapat banyak jenis alat teknologi maklumat dan komunikasi iaitu terbahagi kepada dua jenis media massa seperti media cetak dan media elektronik.Contoh alat-alat media cetak ialah buku, majalah, surat khabar dan novel. Alat-alat media elektronik pula ialah televisyen, radio, computer dan telefon bimbit.



Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan 

               TMK dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam bidang pendidikan bagi menyokong dan mempermudahkan proses pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Pihak kerajaan telah menekankan kepentingan aspek TMK pada semua peringkat terutamanya pada peringkat sekolah di negara Malaysia. Oleh yang demikian, pelbagai transformasi  pendidikan telah dilakukan oleh pihak KPM dengan menerapkan dan mengaplikasikan unsur TMK dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah agar dapat meningkatkan kualiti pendidikan dalam negara kita. Pihak KPM juga telah menyediakan infrastruktur seperti makmal komputer serta alat seperti komputer dan projektor LCD. Teknologi komputer mempunyai pelbagai fungsi dalam bidang pendidikan termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat serta membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

    Menurut Taylor (1980), beliau telah mengklasifikan aplikasi-aplikasi teknologi komputer kepada tiga mod iaitu tutor, tutee dan tool. Mod tutor adalah proses mengajar dengan mempersembahkan maklumat, menilai respons pelajar dan memberi maklum balas yang sesuai seperti latih tubi dan tutorial. Mod tutee adalah komputer bertindak sebagai pelajar manakala pengguna sebahai pengajar. Mod tool pula apabila guru atau pelajar menggunakan komputer sebagai alat untuk membuat kerja seperti pemprosesan data dan persembahan.


 Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.  

   Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman maklumat ini. Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan dengan perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran dan sekolah akan dibanjiri oleh maklumat yang dibawa oleh teknologi-teknologi maklumat baru. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat serta untuk menghadapi cabaran ini, guru, pelajar, pusat sumber pendidikan,ibu bapa dan Kementerian Pendidikan mestilah menilai semula peranan masing-masing bersesuaian dengan revolusi zaman maklumat.


Peranan TMK  dalam pendidikan :
  •  TMK sebagai gudang Ilmu dan pemudah cara untuk mencari maklumat dan ilmu     yang luas tanpa batasan.
  •  TMK digunakan sebagai alat bantu dan memudahkan proses pembelajaran.
  • ·TMK sebagai alat dalam pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan atau sekolah.




Kelebihan penggunan TMK dalam pendidikan

  • Guru-guru dapat memeperluaskan lagi capaian ilmu dan tidak bergantung kepada buku teks mahupun bahan bacaan di pusat sumber sahaja.
  •  Guru dapat menyediakan satu suasana pembelajaran mengikut situasi yang hampir sebenar dalam pengajaran mereka.
  • Sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik menggunakan pelbagai perisian komputer yang tersedia  daripada menggunakan buku teks semata-mata.
  • Memudahkan pelajar dan guru mencari maklumat yang sukar diperoleh dengan mudah dan pantas.
  •  Dapat melakukan sesi pembelajaran dari jarak jauh.
  • Menjadikan murid dan guru sentiasa berminda kreatif dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki penguasaan ilmu dan kemahiran melalui pelbagai bidang ilmu yang tersedia di alam maya.
  • Guru dapat menyediakan malumat dan ilmu baru yang sentiasa dikemaskini fakta dan ideanya kepada pelajar.
  • Guru dapat melatih murid untuk belajar secara sendiri tanpa bantuan guru sepenuhnya.


Cara-cara yang digunakan  dalam pembelajaran TMK.

  • Tutorial
TMK diakatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem dan latihah atau latihtubi yang dikawal oleh sistem.

Cara menggunakan alat TMK untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
  • Penerokaan 
Penggunaan TMK untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila TMK digunakan sebagi medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Selain itu cara menjadikan alat TMK sebagai pembelajaran penerokaan ialah dengan mengalami, memepelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Melalui pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menetukan maklumat yang diterima melalui TMK. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

  • Aplikasi
    TMK sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat P&P.
      
       Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam meghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik  untuk memplot graf.

  •  Pemudah Komunikasi  
       TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi  apabila diguna  untuk memboleh murid dan guru daripada  lokasi yang berbeza  menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yanng pelbagai bentuk. Kemajuan TMK pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio atau video.
     
       Kebolehan komuniksi ini memudahkan murid bertukar maklumat antara satu sama lain. Ini adalah merupakan satu cara pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka dan menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Alat TMK ini boleh meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui berkumpulan yang bersifat global.


    Kesimpulan 

Kemahiran penggunaan TMK dalam bidang pendidikan adalah langkah awal kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat yang berteknologi dan maju. Langkah ini juga merealisasikan matlamat falsafah pendidikan yang telah ditetapkan bagi menangani isu dan cabaran pendidikan masa kini dan akan datang. Bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikirtan dan penggunaan teknologi. Guru merupakan agen perubahan yang terpenting dalam mencapai hasrat negara ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, pelajar perlu menggunakan dan memanfaatkan setiap kecanggihan teknologi yang ada agar tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan kemahiran TMK. Bidang TMK memang telah banyak memberi manfaat kepada pelajar dalam meninkatkan kemahiran belajar. TMK telah mengubah cara pembelajaran pelajar dengan menjadikannya lebih mudah, menarik dan tidak membebankan. Kemajuan TMK mampu menjimatkan masa dan tenaga, malah memudahkan pemindahan maklumat dan berlaku dalam ruang maya, kini telah semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia.







Video :


Rujukan :

Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin dan Norlidah Alias. 2013. Penggunaan ICT Merentas Kurikulum          Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK): Tinjauan  di Prasekolah  Kementerian Pendidikan               Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajian Asia Pasifik 1: 12-18.

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2005. Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.
         Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Link berkaitan dengan tajuk ini :

http://tmk4.weebly.com/

https://www.scribd.com/document/346972800/Dasar-Teknologi-Maklumat-Dan-Komunikasi-Dalam-Pendidikan-Malaysia

http://eprints.utm.my/6580/4/sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf

https://www.academia.edu/31079764/TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DALAM_PENDIDIKAN

https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Firdaus_Mohd_Helmi/publication/312763120_Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_serta_Literasi_Maklumat_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Kepentingan_Pusat_Sumber_Sekolah/links/588819f2aca272b7b45261b4/Integrasi-Teknologi-Maklumat-dan-Komunikasi-serta-Literasi-Maklumat-Dalam-Pengajaran-dan-Pembelajaran-Kepentingan-Pusat-Sumber-Sekolah.pdf

2 comments:

  1. terima kasih. Maklumat yang sangat berguna. awak mesti cantik

    ReplyDelete
  2. hai saya peminat awak. saya doakan awak jadi pelajar cemerlang di IPGKTAA

    ReplyDelete